Friday, February 26, 2021

Aku fail exam.

By E - February 26, 2021

 

Assalamualaikum & Hello.

...aku tersenyum simpul seperti sudah dijangka dan memang seperti yang dijangkakan yang aku fail exam tahun lepas. 

Tahun lepas bulan dua belas, sembilan haribulan adalah hari aku exam. Memandangkan aku dah malas nak postpone aku decide untuk proceed je untuk sit exam. 


STUDY LEAVE.

Dan bermulalah cuti selama 8 hari, hari bekerja untuk sesi ulangkaji. Namun minggu pertama pun aku busy dengan kerja. Apalah sangat bulan 12 tu. HAHA. Betul, aku lebih pentingkan kerja dari ulangkaji pada waktu itu dan aku decide untuk ulangkaji pada minggu berikutnya iaitu lima hari termasuk sabtu ahad sebelum exam. 

Minggu sebelum exam study kelaut. Faham-fahamlah bila last minit. Buat kerja pastu study pastu fokus kerja dan study. Tahulah otak tepu lama tak study apatah lagi sit exam. First dan last exam aku pun pada tahun 2016. HAHA.


EXAM DAY.

The moment aku sampai kat exam centre aku rasa aku agak cool plus sedikit nervous je tapi bila aku start baca soalan exam tersebut aku jadi speechless, aku confuse, aku hilang semangat dan aku lost. Kenapa? sebab soalan exam tu agak susah untuk aku hadam. 

Dalam keterpaksaan aku teruskan exam. Aku cuba sedaya upaya tapi tembakan aku tak berjaya. HAHA.

Sejujurnya, contoh soalan trainer tu aku "rasa" aku "macam" yakin untuk jawab exam tapi nampaknya aku silap besar. Soalan sebenar adalah agak tricky rasa macam semua jawapan betul dan aku tak ingat dan sukar untuk pilih jawapan yang betul. Dan aku langsung tak ingat satu soalan pun. Bayangkan betapa susahnya pada aku. Pada aku soalan exam ni bukan jenis straight to the point.

Senang cerita, aku tak cukup bersedia lagi untuk exam level macam tu. Padan muka kat diri sendiri. HAHA.


COOL.

No worries. Aku ok sebab instinct aku pada awalnya dah menjangkakan keputusan tu. Aku tahu yang aku tak perform well exam hari tu. HEHE. Bila orang tanya pun aku jawab susah dan aku tak yakin dan berkemungkinan akan re-sit. Tapi aku cuba untuk positif je depan orang. Dalam hati aku je yang tahu. =P


RE-SIT EXAM.

Ye, lepas je dapat result tu aku terus process application untuk re-sit exam. InshaAllah kali ni aku ada 2 bulan untuk study. Tu pun kalau sempat register exam untuk bulan May nanti. Now, terpulang pada aku, usaha aku. Aku kena belajar dari kesilapan & jangan mengikut perasaan. Kalau tak ready postpone je. HEHE.


Doakan aku lulus ye exam nanti. InshaAllah aku akan share result tu kat sini. Sebab aku nak baca blog aku di hari tua nanti. HAHAHA !


Thanks for visiting,

-E-

0 comments:

Post a Comment

 

Once upon a time Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei