Sunday, March 1, 2015

-3- Singapore with Best Friends ;)

By E - March 01, 2015


Assalamualaikum semua !

Selamat Tengahari ! :)


Ini merupakan post aku yang ketiga di tahun 2015 ni. So, hai ! Korang apa khabar ? Kalau sihat Alhamdulillah kalau tak sihat sila makan ubat dan tidur. kekeke. 


Oklah, Kali ni aku nak share journey aku ke Singapore untuk bertemu dengan kawan lama sekaligus bersuka ria di Universal Studio Singapore. Ha, excited ke tak ? Excited gittew. HAHA.


Actually, aku & friends dah lama plan nak jumpa tapi plan kali ni sangat tak disangka sebab kitaorang akan bertemu di Singapore. Jyeahhh. Excited ? Baru Singapore kot. Ya ya, aku tahu baru Singapore. Tapi siapa yang tak excited untuk berjumpa dengan kawan di luar kawasan. Maksud aku, aku fly dari KL and kawan aku fly dari Sabah. Meeting point kat Singapore. Excited wooo..(berapa banyak dah excited aku ni ? mihmihmihmih)



Kitaorang plan just for 3D/2N sahaja. Secara ringkasnya, kitaorang Fly to Singapore on Friday, Jalan-jalan dalam USS on Saturday & balik rumah masing-masing on Sunday. Simple like that je. :)


30/1/2015 (Friday)

So, since meeting point yang pertama adalah di Changi International Airport dan aku sampai dulu dari kawan aku maka, dengan itu aku pun menghabiskan masa aku dalam setengah jam menunggu mereka sampai dari Sabah. Beza masa flight kitaorang tak jauh sangat so, aku taklah tunggu diaorang lama sangat. 


Baby & Pija. (Pic blur sebab tak perasan hp TERset timer) =.="


Sesampainya mereka di Airport, maka bermula lah perjalanan kitaorang untuk ke Hotel di Bugis City.

Otw to Bugis City. 

Btw, sampai hotel je bukan main kitaorang ea borak pasal cerita peribadi masing-masing setelah 4 tahun tak jumpa. Rasanya kawan yang kamceng memang camtu. HAHA. 

Alhamdulillah plan kitaorang untuk bertemu dipermudahkan sangat-sangat. Syukur.




31/1/2015 (Saturday)


Seperti yang telah di rancang, pada hari tersebut kitaorang nak pergi bersuka ria ke Universal Studio Singapore (USS). 

Selesai breakfast je, kitaorang gerak ke USS dengan hanya menaiki MRT. 

Senang je kalau dah biasa dengan MRT or kalau dah ingat jalan tapi disebabkan aku tak ingat sangat so, kitaorang banyak buang masa setelah sampai di Stesen Outram Park. HAHA.

Penat woi, itu pun tak sampai USS lagi. Inilah akibatnya kalau terlupa kejap. Actually tak lupa mana pun tapi disebabkan beli tiket sampai Outram Park sahaja maka kitaorang kenalah topup tiket untuk ke Harbourfront. Next time beli direct ye. HAHA. Ni berlaku disebabkan aku terlupa. Sorry kawan. Finally perjalanan ke USS dah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.


And yay !! enjoice our pictures below. :)



Ramai giler orang. 


Transformers yawwww..Best sangat even ni kali kedua aku ke sini.





Ok stop, kang lembab/hang lak lappy/pc korang. LOL.

Uppss, aktiviti malam adalah memborong barang yang sesuai di berikan kepada family & rakan sekerja. Biar sikit dan murah yang penting ada. Ngehehe. Borong dimana ? Borong di Bugis Street saja.

1/1/2015 (Sunday)

Hari terakhir di Singapore & hari untuk kembali pulang ke tempat masing-masing. Since flight kitaorang petang so bolehlah keluar lambat dari hotel. Selepas breakfast dalam pukul 10-11am camtu kitaorang jalan-jalan cuci mata di CapitaMall & Bugis Junction and then balik ke Hotel untuk bergerak balik ke Airport.



Dear friends, our dreams came true ! weeehooooo !! Walaupun dalam masa yang singkat je but everythings went well. Alhamdulillah. Kahwin nanti sila inform awal-awal kalau ada rezeki boleh melawat korang nanti. Since, tinggal kita bertiga lagi yang masih belum berkahwin. Sila kahwin cepat-cepat okey ! HAHA

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku nak share dengan sesiapa sahaja yang nak pergi Singapore & plan short trip macam aku & Friends yang naik MRT sahaja. Easy as ABC. Gittew.


1. Btw, perjalanan dari airport ke Bugis city tersangat mudah. Naik je MRT dari Changi ke Bugis City tapi jangan lupa untuk tukar kat stesen kat Tanah Merah yang menuju ke Joo Koon. 

2. Dari Bugis ke USS :

a) Beli tiket dari Bugis direct ke Harbourfront okey. 
b) Dari Bugis ke Outram Park pastu tukar MRT ke Harbourfront. 

Bugis (lane color hijau) -> Outram Park (lane color hijau) -> Harbourfront (lane color ungu)


Dah sampai Harbourfront (vivo city) sila naik ke level atas sekali untuk ke sentosa. Beli tiket ke Sentosa pastu nanti naik monorail berhenti kat waterfront. Sampai ! :)


Dah habis.
Baaiii !


Nota : Dah lama simpan dalam draft baru sempat post. LOL

1 comments:

Unknown on March 2, 2015 at 8:58 PM said...

entah bila nak sampai singapore ni.. padahal jiran je pun kan. hehe

Post a Comment

 

Once upon a time Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei