Thursday, August 29, 2019

Finally, dah certified as a SDI Open Water Scuba Diver.

By E - August 29, 2019 0 comments


Assalamualaikum.

Haloooo !

Dimulakan dengan cerita 3 tahun lepas, I buat DSD pastu plan kononnya nak sambung ambil lesen diving. Tapi, macam biasa plan hanyalah plan. Hekhek. Klik SINI kalau nak baca pengalaman dulu.

So, tahun ni bila bank open balik aktiviti scuba diving ni maka I pun mendaftarkan diri dengan sepantasnya. Yela, lepas kahwin I dah lama tak join outdoor aktiviti. Dulu I suka hiking. hehe.

Oklah, tanpa membuang masa, I akan share step untuk dapatkan lesen diving ni. Nampak macam mudah je tapi semuanya bergantung pada situasi dan juga diri masing-masing. 


1) Personal Form, Open Water Scuba Diver Book & Log Book.

Satu sesi dimana student dikehendaki mengisi borang yang merangkumi data-data peribadi serta mengisi declaration form yang disertakan sekali pada form tersebut. Setiap student akan menerima dua buah buku yang comel iaitu Open Water Scuba Diver (OWSD) dan juga Log Book. Buku OWSD adalah merupakan bahan ulangkaji untuk menjawab exam nanti manakala Log Book pula digunakan untuk merekod history diving student. 

Time ni instructor tengah menulis details yang perlu student isikan dalam borang masing-masing.

Selesai je sesi tersebut, instructor menerangkan pula nama serta fungsi peralatan scuba yang bakal dipakai pada pool session nanti.

2) Pool Session

Pada 6/7/2019, pool session telah diadakan di Mont Kiara Dive Centre. Group I sesi pagi maka pukul 8 lebih I dah sampai kat pool tu. Kelas dimulakan dengan sesi familiarization equipment daripada Instructor. Selepas itu, maka bermula lah session dalam pool.

Enjoice our pics below :


3) Confined Open Water.

Untuk step seterusnya, confined open water adalah salah satu prosedur yang wajib bagi setiap student. Oleh itu, bagi meneruskan misi ini, pada 24/7/2019 iaitu khamis malam, kami telah bertolak ke pulau Tioman. 

Pada 25/7/2019 (Jumaat), kira-kira dalam pukul 10.45 pagi kami telah pun sampai di Kg. Salang. Pada hari tersebut, group I turun setelah group pertama selesai shore dive yang pertama. Perasaan pada waktu itu adalah tersangat takut (hanya Allah sahaja yang tahu perasaan I) kerana perlu berdepan dengan kedalaman laut dan juga situasi-situasi yang tidak diketahui yang bakal berlaku pada diri I pada waktu itu. haha. Tetapi, Alhamdulillah, shore dive pertama berjalan dengan lancar.

Untuk group I, shore dive yang kedua tidak dapat diteruskan pada hari yang sama kerana group pertama telah selesai dengan agak lewat. Maka dengan itu, shore dive kedua bagi group I telah diadakan pada keesokkan harinya iaitu bersamaan dengan 26/7/2019 (Sabtu). Secara totalnya, 3 dive perlu diselesaikan pada hari tersebut iaitu 2nd shore dive (fun dive) dan diikuti dengan 2 boat dive.

Sejujurnya, dive pada hari kedua sebanyak 3 dive adalah agak memenatkan. Selain daripada berdepan dengan cabaran-cabaran baru sebagai seorang budak baru belajar, kekuatan mental dan fizikal juga amatlah memainkan peranan yang paling utama. Walaupun kedengaran seperti banyak alasan yang disuarakan tetapi percayalah bahawa itu adalah perasaan sebenar yang dialami oleh kami. huhu ~






4. Certified Diver !

Alhamdulillah..yayyy ! finally dah certified ! Now dah boleh explore underwater. hehe ~


Terima Kasih kepada semua yang terlibat terutama sekali kepada Instructor Haikal, Dive Master Albar & John yang banyak membantu kami, my Husband dan juga semua buddies yang terlibat iaitu group DOLPHIN ! yayy !!

Buddies yang bakal dirindui. (^__^)Y


5) Sekiranya berminat.

Sila PM/DM instagram instructor kami di:
Instagram : Klik SINI



Thanks for reading !

Thank you, next !


-E-

Tuesday, January 1, 2019

#1 Celebrating my New Year 2019 by Joining KL New Year Run 2019

By E - January 01, 2019 0 comments
1/1/2019 (Selasa)


Assalamualaikum & Hai.

Happy New Year 2019 !

I tahu ramai yang meraikan tahun baru semalam kat luar sebab nak join countdown dan nak tengok bunga api kan ? Seronok korang. I pula duduk rumah je sebab pagi tadi I ada run yang I join dengan kawan-kawan I sekali. Seronok I. hehe ~

So, run yang I pergi tadi adalah KL New Year Run 2019 yang bertempat di Dataran Merdeka, KL. Terdapat dua kategori iaitu 10 km dan juga 5 km. I join 5 km je sebab I tahu kemampuan I. Haha ! Tu pun kejap lari kejap jalan sampailah ke garisan penamat. Yang penting sampai dan dapat medal. Haha

Actually I join run ni bukan sebab nak bagi kurus lagi badan I ni tapi sebab I nak badan I sihat dan nak kembali aktif buat outdoor activities. Tapi itupun kalau dapat kebenaran suami. InshaAllah. Suami pun tahu I dari bujang lagi suka join macam-macam aktiviti. Dapat green light je wajib follow. :)

I dan kawan-kawan I plan at least sebulan sekali kitaorang kena join any run yang menarik.
Hee ~ I think this is part of my new resolution. But I'll try to make it real. Gitu. Nasihat I pada diri I sendiri - Jangan pandai cakap je tapi tak buat ! Hehe.






OK then, see ya..Thank You, Next !


-E-



 

Once upon a time Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei