Sunday, September 11, 2016

Withdraw duit dari Nuffnang ! :)

By E - September 11, 2016 2 comments


Assalamualaikum.

Beberapa tahun yang lepas, aku boleh dikatakan aktif blogging jugalah tapi aktif macam tu je la. Rajin blogging/blogwalking & join Giveaway bagai. TAPI topik sharing merapu je, lebih kepada personal blog. tapi MEMANGPUN. KahKahKah

Sekali imbas memang rindu teramat eventhough aku bukanlah dalam kategori blogger popular tapi kepuasan blogging tu ada. HAHA.

After dah start bekerja, aku dah slow & finally decide untuk delete blog instead of biarkan je. Kalau tak silap agak lama juga berhabuk time tu sebab tu aku decide untuk delete. ;')


Sebenarnya, hari ni aku nak share income yang aku dapat after berhenti blogging dulu. Mesti korang tahu pasal Nuffnang kan ? Ha, itu salah satu sumber juga time aku aktif dulu. Amount yang aku dapat taklah sehebat blogger yang popular. Tapi syukurlah dapat juga walaupun sedikit. :)

Nah, amount tu aku dapat after tinggalkan blog macam tu je. Aku baru request withdraw sama tarikh dengan 1st post aku untuk tahun 2016. Sebab dah tak aktif aku decide withdraw je. Walaupun seratus lebih je syukurlah. Susah nak dapat duit sekarang ni. hehehe. Bolehlah tambah duit travel. Upss !


Agak2 bila boleh dapat lagi macam ni ye ? haha

Dulu, selalu nampak blogger popular share amount yang dorang dapat. Ya Allah, besar amount tau boleh buat hantaran kahwin. haha.

Now, aku just update blog ni bila aku rajin je or sharing some experience(s), i.e, travelling or outdoor activities. Banyak cerita sebenarnya tapi aku malas sangat sekarang ni. HAHA.

Ok, thanks for reading.


Much Love,
E


Saturday, September 10, 2016

Discovery Scuba Diving (DSD) with SeaTopia Divers Team

By E - September 10, 2016 0 comments

Assalamualaikum readers,


This time aku nak share pasal Discovery Scuba Diving (DSD). Actually aku dah lama plan nak join ambik lesen diving tapi aktiviti hiking lebih menguasai diriku before ni. HAHA.

Tetiba terfikir rasa macam dah buat banyak aktiviti tapi aktiviti menyelam aku tak pernah buat lagi setakat before 3 September 2016. hehe ~

FYI, aku ni seorang yang takutkan kedalaman laut even kedalaman pool pun aku takut. Time belajar swimming dulu jangan cakaplah. Memang takut dan kurang konfiden. Kena marah pun pernah. :'(

Ok, berbalik kepada DSD ni, orang cakap kalau nak ambik pengalaman menyelam kenalah buat DSD dulu, nak test fizikal & mental boleh terima tak aktiviti ni.  Kalau yang berani tak perlu pun buat DSD ni sebab ada yang terus buat Open Water Course (OW). Untunglah berani. :')

Pada 3 September 2016, aku dengan kawan-kawan aku telah memberanikan diri untuk mencuba aktiviti DSD. Aku jumpa page “Jom Scuba Diving – SeaTopia Divers” ni kat FB. Tetiba lalu kat feed aku. So, aku pun like dan ajaklah kawan-kawan join sekali. Alhamdulillah, kawan-kawan pun bersetuju untuk mencuba DSD. Jyeahhh !

“DSD di buka kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba aktiviti Scuba Diving tanpa lesen. Anda akan merasai pengalaman menyelam di dalam “pool” sedalam 5 meter dan belajar beberapa teknik asas menyelam - "JomScuba Diving – SeaTopia Divers”


Enjoice picture(s) kat bawah ni.



From Left : Kak zaf, Echa, Mirul & Anum

With DM

5 Meter yo :)



Love me Like you

aku woi. takut time ni.

Sesi pembelajaran. HAHA


Finally, we made it ! 


i) Cost berapa ?
Rm150 selama 3 jam. 

ii) Belajar apa ?
Mula-mula Divemaster (DM) akan explain pasal equipment dulu dan diikuti dengan skills yang perlu dibuat bila berada dalam pool. 

iii) Dapat apa ?
Knowledge, Skills, dan Certificate dari SeaTopia. Weeeeee~ :)
Semua gambar diatas dishare oleh DM juga ! Best giler.

iv) Siapa yang ajar ?
PADI pro lah. Jangan kau ragu-ragu sayang. :)
DM ni akan ajar awak sampai awak pandai okey. Tanyalah banyak mana dia memang wajib jawab. hahaha !


DM punya :0


Nota penting :
Setiap student akan diajar basic skills as a diver. Yang paling penting adalah Equalize dan Mask Clearing. Serius berguna ! 


Kalau awak nak cuba jangan malu jangan segan silalah ke FB Jom Scuba Diving - SeaTopia Divers


p/s : Thanks to DM sebab ajar kitaorang sampai pandai. Layan kesengalan sekali. HAHA

Much Love,
E


Monday, July 11, 2016

Tandem Paragliding @ Jugra, Banting

By E - July 11, 2016 0 comments


Assalamualaikum~
Holla !

Ya Allah, draft ni dah lama sangat dan aku baru perasan sebab tetiba nak log in blog ni. hahahahaha.
Nak post juga ! Penat taip tau. haha !

Pada 20/09/2015 (ahad), aku dan kawan-kawan aku plan nak pergi Jugra sebab kitaorang nak buat paragliding. Disebabkan aku memang sukakan outdoor activity so aku tak tolak pelawaan kawan aku ni. haha.

Proceed to my story :

1) Meeting point kitaorang kat Starbucks, Kota Kemuning.

Before bertolak ke Jugra, kitaorang lepak kat starbucks sebab nak breakfast. Kebetulan seorang kawan yang bertudung merah itu dah tolong belikan nasi lemak 50sen. HAHA. I'm not sure how much the cost for that nasi lemak but I enjoy makan tau. Makan ma ! tak makan rugi okey ! hehe


on your left : k.zaf, GG, anum & i. LOL

2) Lepas breakfast, kitaorang bertolak ke JUGRA ! and YAY ! Apa lagi ? Snap pic lah. HAHA. Wajib buat okey ~


Jump shot from us !!


Btw, nak buat paragliding ni kena tengok cuaca & angin. Kalau cuaca baik tapi angin tak berapa nak membantu sangat tak jadi juga. Kalau cuaca tak baik memang langsung tak boleh fly okey. 

Time tu, ada 5 orang yang nak fly dengan pilot yang sama tapi disebabkan angin lambat sangat nak muncul so kitaorang menunggu agak lama juga lah.

Aku adalah orang yang pertama fly. Time tu angin malu malu lagi nak muncul. Since pilot cakap kena bawak fly yang ringan dulu so aku lah yang menjadi mangsa pertama pada hari itu. HAHA.

It was fun okey. Walaupun time tu ada sedikit haze tapi still nampak scenery juga lah. If you know how to appreciate the nature, you will understand the feelings. If not, just enjoy then. HAHA.

Pilot sangat baik. Ibarat seorang uncle kepada kitaorang. Nama pilot tu adalah En. Rahman. Pilot ni bukan setakat fly kat Jugra je tapi diorang pun fly kat Kubu Bharu which they will fly higher than here. But it's okey. It was my first experience. If I want to do it again, I will go to KB pula. :)

Actually, lepas orang yang keempat cuaca dah tak berapa baik dah. Langit semakin gelap dan hujan turun dengan lebatnya. So, salah seorang daripada kitaorang tak dapat fly. Bukan rezeki lagi pada hari tu. So, kitaorang pun meneruskan perjalanan ke Bagan Lalang sebab kawan nak makan seafood.


3) Bagan Lalang - Restoran Senandung Seamless


Perut dah menjerit jerit minta diisi dengan makanan. Kami bergerak ke Bagan Lalang setelah selesai paragliding & solat.



Makan seafood kat Bagan Lalang tersangatlah murah. 4 orang melantak ni just bayar RM150++. Kalau kat KL tak dapat kot harga macam ni. 
Perut Kenyang Hati Senang. :p


4) Kopi XoXo.

Dalam perjalanan balik, tetiba lak kawan aku nak minum kopi. Kebetulan pula seorang ni duduk Bangsar so dia pun ajaklah minum kat Kopi XoXo ni. Tapi takde rezeki untuk bertemu dengan Nora Danish. HAHA. Mungkin pada malam tu Nora busy kot. KahKahKah.




The End. 
Much Love, E.


 

Once upon a time Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei