Sunday, May 24, 2015

-5- Belajar

By E - May 24, 2015 0 comments


Tanpa kita sedari kita telah belajar untuk melepaskan sesuatu yang bukan ditakdirkan untuk kita.


Bila dan bagaimana kita belajar semua tu ?


Melalui perjalanan hidup kau.


Kenapa perlu melepaskan semua itu ?


Semua bergantung pada setiap perkara yang kau hadapi dan bagaimana cara kau mengatasi perkara itu.


Hanya kau sahaja yang mampu untuk mengatasi semua perkara yang berlaku terhadap kau dengan
izin-Nya.


Dari situ kau akan tahu betapa kuatnya kau menyelesaikan semua masalah yang kau hadapi dengan meninggalkan/melepaskan  sesuatu yang bukan untuk kau.


Pengalaman itu banyak memberi pengajaran dalam hidup kau untuk meneruskan hidup ke arah lebih baik lagi.


InshaAllah. Dengan izin-Nya.








Monday, March 9, 2015

-4- Ujian Hidup

By E - March 09, 2015 1 comments


Kalau kau memang di lahirkan daripada keluarga yang senang itu merupakan satu bonus pada kau dimana kau mungkin tidak pernah mengalami kesusahan seperti yang dialami oleh orang yang hidupnya sederhana. (Mungkin tidak semua)


...tapi


Kalau kau dilahirkan dengan keluarga yang susah mahupun sederhana, aku yakin kau telah banyak belajar dari perjalanan hidupmu itu.


Tidak mengapa wahai Sahabatku, 


Kerana aku juga sepertimu. 
Pengalaman hidupku banyak mengajarku erti kehidupan yang sebenar. 
Susah & Senang 
Pahit & Manis
Menangis & Gembira
Telah ku rasakan semuanya.


Mungkin ini semua sudah tertulis untukku dan juga untukmu.


Apa yang mampu ku katakan selain "Aku bersyukur atas pemberian rezekiMu Ya Allah" 


Aku sedar tanpa usaha mungkin hidup tidak sebaik ini.


Ya Allah, Aku mohon Berkatilah hidup kami & Permudahkanlah untuk kami menghadapi segala ujianMu. aamiin ~


 

Once upon a time Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei