Friday, February 26, 2021

Aku fail exam.

By E - February 26, 2021 0 comments

 

Assalamualaikum & Hello.

...aku tersenyum simpul seperti sudah dijangka dan memang seperti yang dijangkakan yang aku fail exam tahun lepas. 

Tahun lepas bulan dua belas, sembilan haribulan adalah hari aku exam. Memandangkan aku dah malas nak postpone aku decide untuk proceed je untuk sit exam. 


STUDY LEAVE.

Dan bermulalah cuti selama 8 hari, hari bekerja untuk sesi ulangkaji. Namun minggu pertama pun aku busy dengan kerja. Apalah sangat bulan 12 tu. HAHA. Betul, aku lebih pentingkan kerja dari ulangkaji pada waktu itu dan aku decide untuk ulangkaji pada minggu berikutnya iaitu lima hari termasuk sabtu ahad sebelum exam. 

Minggu sebelum exam study kelaut. Faham-fahamlah bila last minit. Buat kerja pastu study pastu fokus kerja dan study. Tahulah otak tepu lama tak study apatah lagi sit exam. First dan last exam aku pun pada tahun 2016. HAHA.


EXAM DAY.

The moment aku sampai kat exam centre aku rasa aku agak cool plus sedikit nervous je tapi bila aku start baca soalan exam tersebut aku jadi speechless, aku confuse, aku hilang semangat dan aku lost. Kenapa? sebab soalan exam tu agak susah untuk aku hadam. 

Dalam keterpaksaan aku teruskan exam. Aku cuba sedaya upaya tapi tembakan aku tak berjaya. HAHA.

Sejujurnya, contoh soalan trainer tu aku "rasa" aku "macam" yakin untuk jawab exam tapi nampaknya aku silap besar. Soalan sebenar adalah agak tricky rasa macam semua jawapan betul dan aku tak ingat dan sukar untuk pilih jawapan yang betul. Dan aku langsung tak ingat satu soalan pun. Bayangkan betapa susahnya pada aku. Pada aku soalan exam ni bukan jenis straight to the point.

Senang cerita, aku tak cukup bersedia lagi untuk exam level macam tu. Padan muka kat diri sendiri. HAHA.


COOL.

No worries. Aku ok sebab instinct aku pada awalnya dah menjangkakan keputusan tu. Aku tahu yang aku tak perform well exam hari tu. HEHE. Bila orang tanya pun aku jawab susah dan aku tak yakin dan berkemungkinan akan re-sit. Tapi aku cuba untuk positif je depan orang. Dalam hati aku je yang tahu. =P


RE-SIT EXAM.

Ye, lepas je dapat result tu aku terus process application untuk re-sit exam. InshaAllah kali ni aku ada 2 bulan untuk study. Tu pun kalau sempat register exam untuk bulan May nanti. Now, terpulang pada aku, usaha aku. Aku kena belajar dari kesilapan & jangan mengikut perasaan. Kalau tak ready postpone je. HEHE.


Doakan aku lulus ye exam nanti. InshaAllah aku akan share result tu kat sini. Sebab aku nak baca blog aku di hari tua nanti. HAHAHA !


Thanks for visiting,

-E-

Sunday, February 7, 2021

Aku positive Covid-19 ?

By E - February 07, 2021 0 comments

 

...The moment aku dapat result swab test (ST) yang aku positif, automatically aku rasa macam nak demam. HAHA. Tapi yang pasti aku just menangis dan dengar serta bertanyakan info selanjutnya dari staff Private Klinik tu...

Sebelum aku mula menaip dengan lebih detail lagi aku cuma nak cakap ni je, kepada sesiapa yang dengar or dapat info yang berbeza dari cerita asal tuan punya badan tolong banyakkan berdoa untuk tidak di-uji jadi macam aku. Sebab aku tahu yang masing-masing percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada sebab ataupun ada hikmah disebaliknya.


KENAPA AKU BUAT SWAB TEST?

Asalnya anak aku demam. Dia start demam pada hari sabtu. Demam yang kejap panas kejap tak panas. So, aku bawa anak aku pergi klinik untuk check further pada hari isnin. Bila dah jumpa doktor, doktor inform yang anak aku demam biasa je. Lagipun dia aktif. Tapi doktor nasihat kalau demam berpanjangan baik pergi buat swab test.

So, memandangkan demam anak aku masih on off, seingat aku hari khamis tu badan dia panas dari hari-hari sebelumnya, aku dan papa dia decide untuk bawa dia buat ST. Kebetulan plan nak hantar taska minggu seterusnya kalau dia dah sembuh sepenuhnya. Disebabkan ada tadika di taman yang berdekatan dengan rumah aku yang dah ada kes positif aku pun terfikir at least hantar taska pun aku yakin anak aku clean dari covid. Dalam masa yang sama, aku join test sekali sebab aku paling dekat dengan anak aku sepanjang dia demam. 


AKU POSITIF, ANAK AKU NEGATIF.


Anak yang ada simptom tapi aku pula yang positif ? Siapa je dalam Malaysia ni nak positif covid-19 ? Jawapannya, TAK ADA SIAPA NAK.

Tapi nampaknya aku di-uji dengan keputusan ST yang amat mengecewakan aku. Bila fikir balik, takpe lah aku yang positif daripada anak aku yang kecil lagi.

Aku rasa tak sampai setengah jam aku buat ST kat klinik tu, tetiba pihak klinik call aku dan inform yang aku positif. Time tu aku rasa macam tak percaya. Aku tanya berkali-kali pada staff klinik tu dan akhirnya keputusan Laporan Ujian Makmal yang aku terima via whatsapp dari klinik berkenaan tetap menunjukkan keputusan yang aku positif. Aku dah tak nangis waktu ni tapi aku masih rasa tak percaya.

Sesampainya aku di rumah, aku terus kemaskan barang-barang keperluan harian aku dan aku terus kuarantinkan diri aku dalam bilik anak aku. 

Untuk makluman, aku hanya buat test RTK sahaja dan bukannya PCR. Beza test ni boleh google ye. hehe.


SEPANJANG TEMPOH KUARANTIN



Alhamdulillah, sepanjang duduk/tidur/mandi dalam bilik tu, aku tak alami sebarang simptom kecuali aku rasa lemau dan sakit badan je. Aku tak produktif sangat dalam bilik kecik tu. haha. Tapi, aku masih bekerja seperti biasa. Kerja dari rumah kan. haha.

Maaf juga aku tak dapat share pengalaman aku lebih dari diatas sebab secara jujurnya aku sihat walafiat. Alhamdulillah. Aku tak tahulah ujian pada masa depan pula kan.


SECOND SWAB TEST DENGAN KKM

Memandangkan aku telah disahkan positif covid, pihak klinik telah menghantar nama dan keputusan ST aku ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) via email untuk tindakan selanjutnya oleh pihak KKM. Pada hari yang sama, aku telah menerima panggilan dari pihak PKD dan aku diarahkan untuk membuat ST di Klinik Bestari Jaya. 

Pada keesokan harinya iaitu hari Ahad, aku telah membuat second ST di klinik tersebut dan dalam masa yang sama aku diarahkan untuk menguarantinkan diri di rumah bermula pada 24hb Jan - 28hb Jan dan dikehendaki datang semula pada 29hb Jan.


KEPUTUSAN & PELEPASAN DARI KUARANTIN


Syukur Alhamdulillah, keputusan second ST yang aku terima pada hari selasa menunjukkan yang aku negatif. Kalau ikutkan, doktor inform aku yang aku akan buat ST sekali lagi pada 29hb tapi memandangkan keputusan aku dah negatif so doktor telah mengesahkan untuk aku dapatkan pelepasan dari kuarantin sahaja. Aku pun pergi ke PKD kuala selangor untuk memotong gelang putih aku dan sekali dapat surat pelepasan.




Untuk info, aku takde kontak rapat. Tapi memandangkan isi surat ini adalah standard so korang bacalah isi surat pelepasan tersebut. huhu.



INFORM KEPADA MAJIKAN

Setelah mendapat keputusan positif, aku juga telah memberitahu kepada pihak yang berkaitan ataupun pihak yang handle kes ni. Aku malas nak ulas lebih part ni. HAHA


PANDANGAN ORANG

Sudah tentu macam-macam persepsi orang. Apatah lagi kepada yang hanya pandai bercakap dan tidak tahu untuk menjaga hati dan perasaan orang lain.

Bersyukurlah Allah itu masih belum menguji kamu. Seandainya satu hari nanti kamu di-uji, aku harap kamu faham situasi yang aku alami sepanjang tempoh tersebut.


PERLU KE AKU BUAT ST?

Mungkin ada yang berpendapat kenapa perlu buat ST kalau takde simptom? At the first place, aku buat sebab aku dekat dengan anak aku. Anak aku menunjukkan salah satu simptom tersebut. 

Lain orang lain pendapat. So, ni pendapat dan tindakan yang aku buat. 


KEPADA KONTAK RAPAT TAK JADI

Mula-mula aku nak cakap, tiada siapa nak jadi positif covid. HAHA. Aku doakan korang semoga sentiasa sihat. Aamin. Kalau tak sihat stay at home je okay. 


TERIMA KASIH

Aku nak ucapkan terima kasih kepada yang doakan aku cepat sembuh walaupun aku sihat seperti biasa. Aku appreciate sangat-sangat doa korang. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Terima Kasih juga kepada mereka yang menyebarkan info auta. Semoga Allah memberkati kamu.

 

Thanks for reading,

_E_

 

Once upon a time Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei